Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Korea Selatan bawa pulang tiga mata dan air mata skuad Jerman

Sumpahan Piala Dunia?

Selepas Perancis (2002), Itali (2010) dan Sepanyol (2014), nampaknya giliran Jerman pula terkena sumpahan juara bertahan Piala Dunia yang terkeluar di peringkat kumpulan. Ketumpulan dan kehambaran Jerman dihukum oleh Korea Selatan yang beraksi dengan semangat yang cukup tinggi malam ini.

Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeonwoo menjadi wira apabila beberapa kali menyelamatkan keadaan. Gol Kim Youngwon dan Son Heongmin memusnahkan impian untuk Jerman untuk layak ke peringkat seterusnya. Ini analisis mengenai perlawanan Korea Selatan-Jerman.