Luar Negara Berita

Wonder-Wan Kuzain jaringkan gol cantik dalam aksi USL

Wan Kuzain Wan Kamal merupakan pemain muda berketurunan Malaysia yang bermain bola sepak di Amerika Syarikat bersama Sporting Kansas City dalam Major League Soccer (MLS).

Berumur 19 tahun dan bermain di posisi pemain tengah (midfielder), Wan Kuzain pernah menjadi bualan netizen apabila berjaya menjaringkan gol sulung dalam debut MLS baru-baru ini.

Wan Kuzain sekali lagi berjaya menjaringkan gol cantik daripada sepakan percuma pada minit ke-67 untuk gol ke-3 pasukannya. Ketika ini, Wan Kuzain bermain untuk pasukan Swope Park Rangers yang merupakan ‘feeder club’ bagi Sporting Kansas City.

Sepakan percuma tersebut dijaringkan ketika menentang Las Vegas Lights dalam aksi United Soccer League (USL) yang merupakan liga divisyen dua dalam piramid bola sepak Amerika Syarikat.

Anda boleh saksikan video jaringan cantik tersebut yang dimuat naik oleh akaun twitter rasmi USL,

Akaun twitter rasmi Swope Park Rangers turut memberikan reaksi kagum dengan gol tersebut,

Swope Park Rangers berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan skor akhir 3-2. Apa yang menarik, ketiga-tiga gol yang dijaringkan oleh pemain Swope Park Rangers adalah pemain pinjaman termasuk Wan Kuzain Wan Kamal.

Untuk pengetahuan semua, United Soccer League (USL) terdiri daripada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Swope Park Rangers menduduki tangga keempat dalam Kumpulan B dengan 28 mata.