Luar Negara Piala Dunia 2018

99.6 peratus penduduk Iceland tonton Piala Dunia

Sebanyak 99.6 peratus penonton televisyen di Iceland menyaksikan perlawanan pertama pasukan itu pada Piala Dunia pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Iceland mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Argentina.

Menurut data penonton yang dilakukan oleh firma penyelidik Gallup, perlawanan itu secara tidak langsung memecah rekod terdahulu ketika Iceland beraksi di perlawanan suku akhir Euro 2016 di Perancis.

Malah, Valgeir Vilhjalmsson yang mengetuai penyelidikan media bagi siaran penyiaran awam RUV di Iceland melaporkan jumlah peratusan tontonan di Piala Dunia menunjukkan peningkatan luar biasa dalam kalangan wanita.

“Sebanyak 60 peratus rating daripada 99.6 peratus perkongsian berjaya mengatasi rekod terdahulu dengan rating 58.8 peratus ketika Iceland mara ke suku akhir di Euro 2016 dalam perlawanan menentang England.

“Ia juga sesuatu yang menarik apabila mengetahui daripada perlawanan Sabtu lalu apabila 58 peratus rating adalah dalam kalangan wanita dan 62 peratus adalah lelaki, bola sepak tidak pernah begitu popular dalam kalangan wanita,” katanya.

Apa yang mengejutkan perlawanan malam itu tidak memecahkan jumlah tontonan keseluruhan, kerana terdapat rancangan yang berjaya mencatatkan sehingga 100 peratus rating iaitu persembahan komedi malam tahun baharu yang dirakam pada 2016.

Bagi 0.4 peratus pula mereka memilih untuk tidak menyaksikan Alfred Finnbogason menyamakan kedudukan mahupun menyaksikan Messi terlepas sepakan penalti, 0.3 peratus daripada mereka menyaksikan program ulangan rancangan masakan “The Great British Bake-Off” dan 0.1 peratus pula menyaksikan siaran ulangan “The Biggest Loser”. – Reuters