Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Siapakah mereka? Kenali barisan pemain Senegal yang mengejutkan pasukan pilihan Poland

Perlawanan terakhir pusingan pertama peringkat kumpulan menemukan Poland dan Senegal di Stadium Spartak, Moscow. Aksi kumpulan H itu berkesudahan dengan Poland tewas 1-2 kepada wakil Afrika, Senegal.

Mengejutkan! Mereka menjadi wakil tunggal Afrika yang memenangi aksi pertama peringkat kumpulan setelah Mesir, Maghribi, Nigeria dan Tunisia kalah kesemuanya. Dibimbing oleh Aliou Cisse yang merupakan bekas pemain Senegal dan jurulatih termuda dalam kejohanan ini dengan umur 42 tahun.

Berdasarkan kajian kami, skuad kesebelasan utama Senegal malam tadi dibarisi oleh para pemain yang rata-ratanya bermain di kelab-kelab Eropah. Hanya penjaga gol mereka, Khadim N’Diaye yang bermain di Afrika Barat.

Seramai enam orang pemain bermain di England, terdiri daripada pemain yang bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Kejuaraan (Championship League). Tiga pemain bermain di Ligue 1 dan dua orang bermain di Serie A. Baki dua orang pemain lagi adalah pemain Bundesliga dan Jupiler Pro League, Belgium.

Selain itu, hampir separuh daripada kesebelasan utama Senegal adalah pemain kelahiran Perancis. Malah terdapat beberapa pemain yang pernah bermain untuk skuad muda kebangsaan Perancis.

Daripada corak permainan yang ditonjolkan mereka maka tidak hairanlah mereka mampu merekodkan keputusan positif kerana majoriti pemain mereka bermain di liga utama sekitar Eropah. Malah gabungan pemain berpengalaman dan muda juga menjadi faktor tambahan dalam memberikan aksi yang memberangsangkan.

Apakah jangkaan anda terhadap wakil Afrika ini? Mampukah mereka menyaingi skuad Piala Dunia 2002 yang mara sehingga peringkat suku akhir?

Disini kami selitkan profil pemain utama berserta pemain gantian yang menumpaskan Poland: