Piala Dunia 2018 Berita

Neymar mungkin terlepas dari beraksi menentang Switzerland?

Ketua jurulatih Brazil, Tite mendedahkan bahawa Neymar masih belum pilih 100% dari kecederaan yang dialami sewaktu bermain untuk PSG dua bulan lepas.

Walaupun turun beraksi dalam perlawanan persahabatan Brazil baru-baru ini, Tite tetap berpendapat bahawa ada kemungkinan untuk Neymar tidak beraksi apabila mereka turun menentang Switzerland pada jam 2.00 pagi nanti.

“Dia belum 100 peratus sembuh ketika ini tetapi kualiiti fizikalnya cukup luar biasa terutama kepantasannya. Dia sentiasa tangkas dan kepantasannya tidak hilang tetapi dia belum pulih 100 peratus. Saya harap dia cergas untuk beraksi pada Ahad (awal pagi Isnin), kata Tite.

Walau bagaimanapun, pelbagai spekulasi di Eropah mengatakan bahawa Neymar hampir pasti akan diturunkan malam ini, selepas berjaya menjaring gol dalam dua perlawanan persahabatan sebelum pasukan Seleccaos berlepas ke Rusia.

Sekiranya Neymar tidak diturunkan, siapa menjadi pilihan anda untuk menggantikan bintang PSG tersebut dalam kesebelasan pertama Brazil?

Calon pengganti Neymar?

Vote to see the results
30% - 8 votes
30% - 5 votes
32% - 3 votes