Piala Dunia 2018

Enzo Perez ganti tempat Manuel Lanzini

Pemain tengah River Plate, Enzo Perez sah menggantikan tempat Manuel Lanzini yang terpaksa diketepikan daripada skuad Piala Dunia Argentina ekoran kecederaan.

Lanzini, yang merupakan pemain tengah West Ham terpaksa diketepikan selepa mengalami kecederaan ligament di lutut kanannya pada hari Jumaat lalu yang memerlukannya berehat panjang.

Enzo Perez, 32 tahun, telah membuat 23 penampilan untuk Argentina termasuk beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Tewas kepada Jerman di perlawanan akhir empat tahun lalu di Brazil, edisi kali ini juara Piala Dunia dua kali ini diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Iceland, Nigeria dan Croatia.

Bintang dan ketua pasukan Argentina, Lionel Messi dalam laporan Marca menyatakan bahawa Argentina sudah bersedia untuk Piala Dunia.

“Kami telah melakukan persiapan sepenuhnya di kem latihan.

“Kami mempunyai pemain dengan skil individu yang cukup hebat dan kami akan berjuang bersama-sama sebagai satu pasukan, biarpun kami bukan pasukan pilihan.”