Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Previu Mexico di Piala Dunia 2018: Kebolehan El Tricolor memecahkan rekod

Mexico melangkah dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon CONCACAF dengan hebat. Dia memimpin carta dengan jumlah 21 mata, hanya meraih satu kekalahan iaitu ketika pertemuan terakhir bertemu Honduras, dimana Rafael Marquez dan rakan sepasukannya tewas tipis 2-1. Beraksi di Piala Dunia buat kali keenam secara berturut-turut membuatkan Mexico kini cuba mencipta rekod baru.

Terdapat satu catatan yang menarik. Sejak Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, Mexico sentiasa melepasi peringkat kumpulan. Malangnya, mereka sering terkandas di pusingan kedua. Dalam edisi sebelum ini di Brazil, mereka tersingkir di peringkat sama setelah tewas tipis 2-1 di tangan Belanda. Ketika itu, Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan. Jadi, dalam saingan kali ini sudah pasti mereka mahu melangkah lebih jauh dan bukan sekadar berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik.

Barisan pemain

Pengurus pasukan, Juan Carlos Osorio, menggabungkan barisan pemain yang beraksi di Eropah dan juga domestik. Dia membariskan pemain yang cemerlang di Eropah seperti Hirving Lozano, Jesus Corona dan Marco Fabian. Osorio juga membawa masuk pemain yang beraksi di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) iaitu adik-beradik Dos Santos (Giovanni dan Jonathan) serta Carlos Vela.

Jangkaan formasi

Kemungkinan besar Mexico akan menggunakan formasi 4-3-3 dengan meletakkan harapan di barisan tengah diletakkan kepada Hector Herrera, Diego Reyes dan kapten, Andres Guardado. Barisan depan Mexico akan dibarisi oleh Javier ‘Chicharito’ Hernandez, Hirving Lozano dan Carlos Vela yang akan bertukar-tukar tempat dengan Giovanni Dos Santos.

Kekuatan

Bahagian tengah menjadi nadi utama Mexico. Ini disebabkan barisan tengah pasukan itu telah dibolosi hanya tujuh gol ketika kelayakan. Bahagian sayap pasukan juga memberikan banyak pilihan. Lozano dan Vela mungkin akan diletakkan sebagai pemain utama tetapi pemain lain di posisi itu seperti Giovanni, Jesus Corona, Jurgen Damm serta Javier Aquino juga dilihat memiliki kualiti yang mengagumkan.

Kelemahan

Barisan depan Mexico sememangnya berada dalam situasi yang sukar tetapi bahagian paling kronik adalah bek kanan. Melihat Miguel Layun yang lebih efektif beraksi di bahagian kiri sambil Guardado semakin kerap bermain selaku pemain tengah sejak beberapa tahun terakhir membuatkan Mexico masih mencari pemain yang tepat untuk menduduki posisi pertahanan kanan. Ketika ini, Osorio tampak seperti terpaksa mengharapkan bek tengah, Carlos Salcedo, untuk beraksi di posisi itu.

Pemain utama: Hirving Lozano

Karier Javier Hernandez semakin suram, Carlos Vela dan Giovanni Dos Santos telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Kini, harapan Mexico untuk beraksi cemerlang di Eropahpastinya terarah kepada bintang PSV Eindhoven. Peminat bola sepak Mexico mengharapkan sentuhan terbaik daripada pemain yang terkenal dengan panggilan ‘Chucky’ ini.

Peluang di Piala Dunia

Selama enam edisi berturut-turut, Mexico sentiasa layak ke pusingan kedua. Dalam saingan kali ini, mereka dijangka akan melakukannya sekali lagi. Dalam Kumpulan F, Jerman sememangnya bukan tandingan mereka tetpai Mexico dilihat mampu untuk mengatasi cabaran Sweden dan Korea Selatan. Sejauh mana mereka mampu melangkah di Piala Dunia 2018 akan bergantung kepada negara mana yang akan mereka temui nanti.