Piala Malaysia Berita

JDT catat kemenangan ke atas PJ City FC

Johor Darul Ta’zim mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam Kumpulan B selepas berjaya menundukkan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Kemenangan ini juga turut menghalang niat PJ City FC yang mahu mencipta kemenangan ketiga selepas berjaya mengejutkan tuan rumah pada aksi Liga Super yang lalu.

Gol tuan rumah terhasil melalui Safawi Rasid sebelum Diago Luis Santos mencetak dua gol peribadi dan Cabrera melengkapkan malam kemenangan Harimau Selatan.

Skuad kendalian Benjamin Mora bakal bertemu PKNP FC pada aksi ketiga Kumpulan B.