Piala Malaysia Berita

The Cops kutip mata berharga selepas tewaskan Felda

PDRM berjaya bangkit untuk menewaskan Felda United 4-3 pada aksi Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, semalam.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, itu tidak menghalang The Cops untuk mengutip mata penting selepas tewas di tangan Melaka minggu lalu.

Perlawanan yang sengit dengan pelbagai drama menyaksikan The Cops kehilangan Farid Ramli pada minit ke-53 selepas beliau mengutip dua kad kuning dengan kedudukan sewaktu itu memberi kelebihan kepada Felda dengan 3-1.

Tetapi akibat daripada kelakaan para pemain Felda, dua jaringan R Gopinathan serta gol kemenangan Azmizi Azmi pada minit ke-90 memberi mata pertama buat PDRM.

PDRM bakal bertemu Selangor selepas cuti Hari Raya Korban bagi pertemuan ketiga peringkat Kumpulan D.