Piala FA Malaysia Berita

Shopee Final Piala FA : Fadzrul Daniel ‘game changer’ dan lima kunci utama perlawanan malam ini

Kedah berjaya menjulang Piala FA 2019 selepas berjaya menewaskan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol jaringan pada minit akhir perlawanan oleh Fadzrul Daniel memberi nafas lega kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk mendapatkan gol kemenangan.

Perak terpaksa akur dengan kekalahan ini dan terpaksa menunggu lagi untuk menjulang Piala FA.

Berikut adalah lima perkara yang menjadi kunci kepada perlawanan malam ini.

1. Perak lebih dominan di setiap posisi

Perak berjaya mengawal perlawanan dengan beberapa cubaan menarik dari minit pertama sehingga tamat perlawanan. Cubaan awal dari Nazirul Naim dan juga tiga cubaan keemasan Morais pada babak pertama nyata menunjukkan aksi sebenar pasukan kendalian Mehmed Durakovic. The Bos Gaurus juga mempunyai kualiti yang baik di bahagian tengah padang dengan kawalan yang baik dari Brendan Gan dan Leandro Dos Santos. Kehilangan Amirul Azhan disebabkan kad merah nyata memberi kesan buruk kepada keseimbangan pasukan.

2. Kedah tak goyah tanpa Renan Alves

Biarpun kehilangan Renan Alves, pertahanan Kedah berjaya menyerap setiap asakan Perak terutamanya daripada penyerang mereka, Ronaldo dan Morais yang sering sekali cuba mencari ruang untuk membuka jaringan awal. Kehadiran Amirul Hisyam yang berpasangan dengan pertahanan Singapura, Shakir Hamzah tidak mendatangkan banyak masalah dalam menepis setiap asakan. Biarpun terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pertahanan Kedah, pujian harus diberi apabila mereka berjaya mengekang lawan.

3. Fayadh dan Fadzrul Daniel – pengubah perlawanan

Kemasukan Muhammad Fayadh dan Fadzrul Daniel pada masa tambahan telah memberi satu kelebihan buat pasukan Kedah selepas gagal mengatur bahagian serangan dengan kemas. Dua peluang keemasan dari Farhan Roslan dan Jonathan Bauman untuk memberi gol awal kepada Kedah gagal digunakan dengan baik. Kehadiran dua pemain muda pasukan Lang Merah telah berjaya mengemas serangan Kedah dan terhasil beberapa cubaan merbahaya.

4. Kualiti pengadil dari Jepun

Pengadil perlawanan Okabe Takuto, Yagi Akane dan Nomuro Osamu mengawal perlawanan dengan baik. Terdapat beberapa aksi kekasaran yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain, tetapi pengadil dari Jepun cepat mengawal keadaan. Antara keputusan menarik adalah layangan empat kad kuning pada separuh masa pertama dan kad merah yang dikenakan ke atas pemain Perak.

5. Perak kena tunggu lagi

Nasib jelas tidak menyebelahi Perak apabila gagal membawa pulang Piala FA ke Ipoh setelah tewas di minit-minit akhir perlawanan. Kedah mengecewakan Perak dengan gol pada minit akhir melalui Mohd Fadzrul Daniel pada masa tambahan. Perak terpaksa menunggu lagi untuk menjulang Piala FA setelah kali terakhir