Piala Dunia 2018 Santai

WAG’s bintang-bintang bolasepak terbesar di Piala Dunia 2018

Selain aksi mereka di padang, pemain bola sepak juga memiliki kisah menarik di luar padang. Salah satunya adalah wags (wives and girlfriends)  atau atau pasangan kepada pemain-pemain itu.

Sebagai individu yang menjadi tumpuan ramai, kebanyakan pemain bola sepak memilih pasangan yang sama seperti mereka. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menikahi pasangan yang dikenali sejak kecil atau rakan sesame atlet serta orang biasa untuk dijadikan teman hidup.

Begitulah yang terjadi kepada barisan pemain yang akan berentap di Piala Dunia 2018 nanti. Bermula daripada Cristiano Ronaldo yang keluar dengan seorang model sehingga Robert Lewandowski yang menikahi wanita sesama atlet, berikut adalah senarai wags bintang-bintang di Piala Dunia.

Lionel Messi – Antonella Rocuzzo

Kisah cinta Messi dan Rocuzzo boleh dikategorikan sebagai #couplegoals ketika ini. Mereka bertemu ketika berusia lima tahun di kota Rosario, tepat kedua-duanya membesar. Mereka akhirnya bernikah pada Julai 2017 dan kini mempunyai tiga cahaya mata bernama Thiago, Mateo dan Ciro.

Cristiano Ronaldo – Georgina Rodriguez

Georgina Rodriguez adalah teman wanita terbaru Cristiano Ronaldo. Dia merupakan seorang model yang bertemu Ronaldo pada 2016 dan bersama sehingga kini. Hasil daripada hubunga itu, Ronaldo telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Alana Martinez yang lahir pada November 2017.

Mohamed Salah – Magi Salah

Salah seorang pemain terbaik dunia ini akan beraksi di Piala Dunia pertamanya. Bagi Salah, perjalanannya tidak akan lancar tanpa isteri, Magi, yang dinikahi pada 2013. Mereka telah memiliki seorang anak bernama Makk yang lahir setahun kemudian. Berbeza dengan wags lain, Magi jarang dilihat di khalayak ramai.

Robert Lewandowski – Anna Lewandowska

Lewandowski dan isterinya, Anna Lewandowska, bernikah pada 2013 dan memiliki tiga orang anak sehingga kini. Lewandowska adalah seorang atlet karate Poland yang telah memenangi beberapa kejuaran di Eropah. Malah, dia juga seorang ahli nutrisi. Tidak hairan mengapa Lewandowski begitu segar dan kuat.

Ki Sung-yueng – Han Hye-jin

Han Hye-jin adalah salah seorang aktres ternama di Korea Selatan dan berusia lapan tahun lebih tua berbanding suaminya, Sung-yueng. Kesan yang diberikan Han terhadap karier Ki sangat besar apabila melihat tahap kematangan yang dipamerkan kapten skuad kebangsaan Korea Selatan itu.

Neymar – Bruna Marquezine

Neymar dan Bruna memiliki hubungan yang tidak tetap. Sejak bertemu pada 2012, mereka sempat berpisah dan kembali bersama sehingga kini. Bruna adalah seorang bintang filem serta model ternama di Brazil.

Gerard Pique – Shakira

Pique telah bersama penyanyi terkenal dunia, Shakira, sejak 2011. Mereka memulakan kisah cinta di lokasi ketika Pique menyertai video klip lagu rasmi Piala Dunia 2010, Waka Waka. Sejak itu, mereka telah memiliki dua orang anak bernama Milan dan Sasha.

Dele Alli – Ruby Mae

Alli dan Mae telah bersama sejak 2016. Mae yang merupakan model muda ternama di England kerap dilihat di stadium untuk menyaksikan dan menyokong kekasihnya beraksi buat Tottenham Hotspur dan skuad kebangsaan England.