
Johor Darul Ta’zim hanya mampu seri 0-0 menentang PKNS FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.
Keadaan padang yang berlecak memberi impak yang negatif terhadap kualiti perlawanan secara keseluruhan, namun pemain-pemain import JDT, terutamanya Harry Novillo dan Jorge Santos, juga gagal menunjukkan aksi yang bagus.
Keputusan ini bermakna JDT hanya enam mata di hadapan Perak, menjelang pertembungan di antara kedua-dua pasukan pada hari Sabtu akan datang.
Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan kepada setiap pemain JDT yang turun beraksi di Stadium Shah Alam malam tadi: