Santai Piala Dunia 2018

Statistik: 10 rekod kehadiran tertinggi dalam sejarah Piala Dunia

Menjelang kejohanan antarabangsa yang bakal tiba tidak lama lagi, iaitu Piala Dunia 2018 Russia, ayuh kita soroti 10 perlawanan yang merekodkan kehadiran tertinggi sepanjang zaman.

10) Belgium 1-2 Mexico (1986)

Perlawanan yang berlangsung pada 3 Jun 1986 ini diadakan di Estadio Azteca, Mexico. Jumlah kehadiran yang direkodkan adalah 110,000 orang.

 

9) Argentina 2-0 Belgium (1986)

Perlawanan ini diadakan di Estadio Azteca, Mexico pada 25 Jun 1986. Jumlah kehadiran yang direkodkan adalah 114,500 orang.

8) Argentina 2-1 England (1986)

Perlawanan suku akhir ini diadakan pada 22 Jun 1986 juga bertempat di Estadio Azteca. Jumlah kehadiran yang direkodkan adalah 114,580 orang.

7) Mexico 2-0 Bulgaria (1986)

Perlawanan bertempat di Estadio Azteca pada 15 Jun 1986. Rekod yang tercatat juga 114,580 orang.

6) Argentina 3-2 Jerman Barat (1986)

Berlangsung pada 29 Jun 1986 di Estadio Azteca, Mexico. Sedikit pertambahan kehadiran dicatatkan berbanding angka sebelum ini iaitu 114,600 orang.

5) Mexico 1-1 Paraguay (1986)

Masih lagi perlawanan berlangsung di Estadio Azteca, Mexico pada tanggal 7 Jun 1986. Rekod kehadiran adalah 114,600 orang.

4) Brazil 7-1 Sweden (1950)

Kali ini berlangsung di Brazil, iaitu di Maracana pada 9 Julai 1950. Perlawanan ini merekodkan kehadiran seramai 138,886 orang.

3) Brazil 2-0 Yugoslavia (1950)

Berlangsung pada 1 Julai 1950 bertempat di Maracana, Brazil. Rekod kehadiran adalah 142,429 orang.

2) Brazil 6-1 Spain (1950)

Masih lagi di Maracana, Brazil. Perlawanan yang diadakan pada 13 Julai 1950 ini merekodkan kehadiran penonton di stadium seramai 152,772 orang.

1) Uruguay 2-1 Brazil (1950)

Ini adalah rekod kehadiran ke stadium yang tertinggi pernah dicatatkan. Perlawanan berlangsung di Maracana menemukan 2 gergasi Amerika Selatan pada 16 Julai 1950 dengan rekod 173,850 orang.