Piala Dunia 2018 Luar Negara

Tujuh pemain muda yang bakal mencuri tumpuan ramai di pentas Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 akan berlangsung tidak lama dari sekarangan. Sudah pasti saingan ini amat dinantikan oleh semua penggemar bola sepak di dunia. Salah satu perkara yang paling dinantikan adalah aksi pemain-pemain muda bawah 23 tahun yang mampu membawa cabaran pasukannya menuju kejayaan.

Terdapat beberapa pemain muda yang akan beraksi Piala Dunia 2018 dan kami telah memilih tujuh nama yang bakal mencuri perhatian di Russia nanti.

Cristian Pavon

Kejayaan dipanggil menyertai barisan depan skuad Argentina adalah bukti Pavon merupakan pemain yang berkualiti. Berbekalkan corak gelecek serta kepantasan yang luar biasa, pemain Boca Juniors berusia 22 tahun ini mampu memberi perbezaan buat Albiceleste di Russia nanti.

Trent Alexander-Arnold

Trent dijangka akan dipanggil skuad England bagi menjadi cadangan bek kanan utama, Kyle Walker. Dia mampu membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara Eropah. Walaupun baru berusia 19 tahun, dia memiliki ketenangan serta kebolehan melakukan hantaran lintang yang tepat. Malah, kemampuannya di beberapa posisi juga menjadi kelebihan tambahan buat dirinya.

Kylian Mbappe

Hampir 99 peratus Mbappe akan menembusi skuad Perancis di Piala Dunia nanti. Bersama Paris Saint-Germain pada musim ini, pemain berusia 18 tahu ini tampil cemerlang dengan catatan 13 gol di Ligue 1. Tanpa kehadiran Karim Benzema, kemungkinan besar pemain remaja termahal dunia ini akan menjadi penyerang utama Les Bleus di Piala Dunia nanti.

Leroy Sane

Di bawah bimbingan Pep Guardiola, Sane muncul sebagai pemain sayap berkelas dunia. Pada usia yang baru memasuki 22 tahun, pemain dari Jerman ini mempunyai kemampuan untuk menjadi kunci daripada corak Joachim Loew. Ia terbukti apabila Sane menjaringkan 14 gol serta 19 bantuan jaringan buat City dalam semua kejohanan.

Gabriel Jesus

Selepas menjalani musim yang cemerlang bersama Manchester City, agak mustahil untuk Jesus tidak menyertai skuad Brazil ke Piala Dunia. Baru berusia 21 tahun, Jesus mampu menakluk saingan di England menerusi 17 gol dalam semua kejohanan buat The Citizens. Jika tiada sebarang masalah, Jesus yang telah membarisi senarai 23 pemain Brazil ketika ini akan terbang ke Russia pada bulan depan.

Hirving Lozano

Tidak diragukan, Lozano adalah watak terpenting buat PSV Eindhoven dalam menjuarai Eredivisie pada musim ini. Dia menjaringkan 17 gol serta 11 bantuan jaringan di saingan tertinggi Liga Belanda itu. Tidak mustahil, kecemerlangan yang sama akan dipamerkan untuk skuad Mexico di Piala Dunia nanti walaupun baru berusia 22 tahun.

Ritsu Doan

Setiap pasukan dalam satu kejohanan memerlukan pembantu penyerang dan Ritsu memiliki kebolehan untuk bertindak sebagai pembantu penyerang buat Jepun di Piala Dunia nanti. Pada usia yang baru memasuki 19 thaun, Ritsu telah memegang peranan itu bersama Groningen di Eredivisie pada musim ini. Bukan sekadar menjadi penggerak nadi di tengah, dia juga tajam di depan gawang dengan catatan sembilan gol.