Luar Negara Eropah

Pembukaan jendela perpindahan EPL dan perpindahan yang sudah dilengkapkan

Pembukaan jendela perpindahan musim panas Liga Inggeris telah dimulakan pada 17 Mei 2018. Tempoh ini dimulakan jauh lebih cepeat berbanding liga lain di Eropah. Jendela perpindahan Perancis dibuka pada 9 Jun, Itali dan Jerman pada 1 Julai sementara Sepanyol pada 2 Julai. Bagaimanapun, tarikh tamat di England juga lebih cepat iaitu pada 9 Ogos.

Walaupun sudah dibuka, perpindahan yang dilakukan oleh kelab Inggeris dengan kelab luar hanya boleh diselesaikan pada 8 jun, bersesuaian dengan sistem FIFA.

Selepas jendela perpindahan di England dibuka, berdasarkan Transfermarkt, telah ada 101 perjanjian yang telah dicapai, iaitu 38 perpindahan masuk dan 71 perpindahan keluar. Ada antaranya melibatkan nama-nama besar dan ia telah disempurnakan. Siapakah mereka? Lihat senarai di bawah.

Pablo Maffeo

Salah satu perpindahan yang mengejutkan. Maffero dilihat sebagai bek kanan masa depan buat Manchester City. Pemain dari Sepanyol berusia 20 tahun ini dijual oleh City kepada kelab Bundesliga Jerman, VFB Stuttgart dengan nilai sehingga EUR10 juta. Pada musim 2017/18, Maffeo beraksi bersama kelab yang dinaikkan ke LaLiga, Girona, dan dianggap mampu menjadi pengganti buat Kyle Walker. Bagaimanapun, dia dilihat tidak memiliki masa depan yang terjamin di Etihad walaupun terdapat klausa pembelian dalam proses perpindahannya.

Benik Afobe

Pemain dari akadei Arsenal ini secara rasmi menyertai kelab yang dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderers, secara tetap. Sebelum ini, dia memperkuatkan skuad AFC Bouremouth, namun dipinjamkan ke Wolves pada awal musim dan membantu mereka menjadi juara Liga Kejuaraan. Musim depan, dia akan mewakili Wolves secara tetap tatkala nilai perpindahan itu dirahsiakan.

Matej Delac

Penjaga gol ‘legenda’ Chelsea ini akhirnya membuatkan keputusan untuk meninggalkan pasukan selepas menghabiskan masa selama lapan tahun untuk dipinjamkan kepada pasukan lain. Pada awal musim depan, penjaga gol dari Russia ini akan berpindah ke kelab Denmark, AC Horsens, secara tetap melalui tanpa yuran perpindahan.

Diogo Jota

Pemain muda harapan Portugal ini mengambil langkah berani selepas berpindah dari Atletico Madrid ke Wolverhampton Wanderers. Dia meninggalkan gergasi Sepanyol itu pada awal musim 2017/18 menerusi status pinjaman. Namun, pada awal musim depan, Jota secara rasmi akan didapatkan atas tiket tetap oleh skuad kendalian Nuno Esprito Santo dengan yuran yang amat murah, iaitu sekitar EUR14 juta. Aksi Jota pada musim depan layak untuk dinantikan.

Mikel Merino

Hadir melalui status pinjaman dari Borussia Dortmund, Merino tampil bagus untuk Newcastle United bagi musim 2017/18. Hasil daripada aksi permainan yang memikat, pengurusan Newcastle mendapatkannya secara tetap bermula awal musim depan. Pemain tengah bertahan berusia 21 tahun ini akhirnya berhijrah melalui yuran perpindahan berjumlah EUR7 juta.

Naby Keita

Tidak diragukan bahawa Keita merupakan nama terbesar dalam senarai ini. Pemain tengah milik RB Leipzig ini secara rasmi berpindah menyertai final Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool, menerusi yuran berjumlah EUR60 juta. Salah seorang pemain terbaik Bundesliga ini tentunya akan melengkapkan barisan Liverpool, sekaligus meningkatkan peluang The Reds pada musim depan.