Piala Dunia 2018 Berita

Sebelas pemain Brazil yang tidak akan berlepas ke Russia untuk Piala Dunia 2018

Tite sudah mengumumkan 23 pemain yang kemungkinan akan dibawa ke Piala Dunia 2018 di Russia. Jika ada yang gembira nama mereka terpilih, ada juga pemain yang kecewa dan sedih kerana tidak disenaraikan. Ia merangkumi pelbagai sebab, termasuk dilanda kecederaan atau tidak sesuai dengan perancangan Tite sendiri. Berikut adalah 11 orang pemain yang tidak dipanggil oleh Tite.

Daniel Alves (Paris Saint-Germain)

Amat terkilan apabila mendapat tahu Daniel Alves tidak dapat menyertai skuad Brazil di Piala Dunia 2018. Dia mengalami kecederaan lutut yang memaksanya sekadar menonton saingan Piala Dunia melalui kaca televisyen.

Arthur Melo (Gremio)

Arthur merupakan salah seorang pemain muda yang berpotensi. Beberapa pasukan kini dilihat sudah mula menunjukkan minat terhadap pemain ini, termasuk Barcelona.

Luan Vieira (Gremio)

Luan adalah nadi utama Gremio, pasukan yang beraksi dengan corak permainan paling menarik di Brazil ketika ini.

Alex Sandro (Juventus)

Tite sering memuji kelibat Alex Sandro, namun dia terpaksa akur dengan kewujudan Marcelo dan Felipe Luis yang menjadi pesaingnya.

Alex Muralha (Albirex Niigata)

Tite pernah memanggil penjaga gol Albirex Niigata ini beberapa bulan yang lalu, namun sayang sekali musim 2017 tidak dilalui dengan baik, membuatkannya meninggalkan Flamengo untuk bersama pasukannya yang terkini.

Gabriel Barbosa (Santos)

Gabigol tidak terlalu bagus ketika mewakili Inter Milan dan Benfica. Akhirnya, dia kembali bersama majikan lama, Santos.

David Luiz (Chelsea)

David Luiz mempunyai sedikit masalah dengan pengendali The Blues, Antonio Conte, dan sejak itu, dia jarang beraksi bersama Chelsea.

Oscar (Shanghai SIPG)

Oscar sebenarnya sering mewakili pasukan kebangsaan tetapi situasi itu berubah sejak di ke China.

Willian Jose (Real Sociedad)

Willian Jose mungkin menjadi penyerang dalam senarai menunggu sekiranya ada pemain yang mengalami kecederaan. Dia beraksi hebat bersama Real Sociedad, mencatat 15 gol dalam saingan LaLiga pada musim ini.

Hulk (Shanghai SIPG)

Hulk menjadi salah seorang pemain yang kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan sejak berpindah ke liga China. Bagaimanapun, dia masih mengekalkan sentuhan bersama Shanghai SIPG.

Malcom de Oliveira (Bordeaux)

Malcolm menjadi salah seorang pemain yang menyerlah pada musim ini. Penampilan hebatnya bersama Bordeaux membuatkan dia kini menjadi buruan beberapa pasukan besar Eropah.