Luar Negara Asia Tenggara

Pemain sayap lincah Persija tarik perhatian kelab China

Pemain sayap lincah Persija Jakarta, Riko Simanjutak sememangnya telah menunjukkan aksi bertenaga dalam saingan Liga 1 Indonesia dan juga Piala AFC 2018.

Pemain sayap berusia 26 tahun yang berasal daripada Pematangsiar, Indonesia ini telah menarik perhatian terutamanya ketika beraksi bersama Persija di Piala AFC.

Aksi lincahnya itu dikhabarkan telah menarik minat dua kelab iaitu dari Singapura dan juga China.

“Memang saya ada menerima tawaran ketika saya sedang bersama Persija, iaitu dari kelab China dan Singapura,” kata Riko seperti dilaporkan Tribunnews.

“Saya diberitahu mengenai tawaran tersebut menerusi satu ejen yang menelefon saya dan menyatakan ada kelab-kelab luar negara yang mahukan saya.

Biarpun menerima tawaran kelab dari luar negara, hati penyokong Persija pastinya lega apabila Riko menegaskan mahu kekal bersama Macan Kemayoran.

“Hati saya masih di Persija.

“Saya tidak tahu bila (akan beraksi di luar negara), namun setakat ini saya masih mahu melakukan yang terbaik di Persija.”