Luar Negara Eropah

Enam pasukan Eropah yang menampilkan skuad termuda dalam liga musim 2017/18

Mempertaruhkan pasukan yang dipenuhi pemain muda adalah sesuatu yang berisiko. Namun, ia tidak salah jika pengurus mahu memberikan pengalaman dan pendedahan kepada mereka agar dapat terus berkembang. Bagi setiap pasukan yang dipenuhi pemain muda, ia sering terjadi.

Berikut adalah senarai pasukan yang menurunkan skuad termuda dalam aksi liga pada musim ini.

NAC Breda

Dalam saingan Eredivisie, NAC Breda menjadi pasukan pertama yang menurunkan pasukan termuda dalam Liga Belanda. Pada Ogos lalu sewaktu menentang PSV Eindhoven di laman sendiri, NAC menurunkan pemain dengan purata usia 21.6 tahun, sambil pemain tertua adalah Andries Noppert yang berusia 23 tahun dan Paolo Fernandes muncul pemain termuda pada usia 19 tahun. Malangnya, NAC dibelasah 4-1 dalam aksi itu.

RB Leipzig

Dibarisi oleh kebanyakan pemain muda dalam pasukan, RB Leipzig tentunya pernah menurunkan kesebelasan utama termuda di Bundesliga pada musim ini. Pada November lalu ketika melayan kunjungan Hannover 96, Ralph Hasenhuttl menurunkan purata pemain muda dengan usia 22.8 tahun. Pemain termuda adalah Ibrahima Konate sementara Peter Gulacsi muncul paling tua. Leipzig menang dengan keputusan 2-1.

LOSC Lille

Marcelo Bielsa pernah menurunkan pasukan termuda ketika bertemu SM Caen di laman sendiri pada Ogos lalu di Stadium Pierre-Mauroy. Ketika itu, Bielsa menurunkan pemain pada purata usia 22.2 tahun. Ibrahim Amadou menjadi pemain tertua pada usia 24 tahun dan ia berhasil apabila mengutip kemenangan 2-0 di hadapan penyokong sendiri.

AC Milan

AC Milan sememangnya membeli ramai pemain pad awal musim ini, namun mereka tetapi mempunyai barisan termuda di Serie A. Ketika itu, Rossoneri dikendalikan oleh Vincenzo Montella dan mereka menurunkan pasukan termuda dengan purata usia adlah 23.5 tahun ketika menentang FC Crotone. Pemain termuda tentunya Gianluigi Donnarumma sementara Leonardo Bonucci selaku pemain paling tua.

Valencia

Valencia menjadi pasukan di LaLIga yang meraih hasil paling memberangsangkan pada musim ini berbekalkan pasukan termuda, apabila mendudukan tangga keempat. Marcelino pernah mempertaruhkan pemain pada purata usia 24.5 tahun ketika bertemu Malaga. Dipimpin Dani parejo yang juga pemain tertua, Los Che menang 3-0.

Arsenal

Dalam aksi terakhirnya di Old Trafford, Arsene Wenger telah memilih untuk mempertaruhkan pasukan muda walaupun berdepan skuad ampuh Manchester United. Keputusannya tidak seteruk 2011, dimana mereka dibelasah 8-2 tetapi tetap kalah hasil jaringan kemenangan Marouane Fellaini pada waktu kecederaan. Arsenal ketika itu membariskan purata umur pemain 24.1 tahun dan bermain dengan agak bagus.