Luar Negara Malaysia

Bekas trio serangan Kedah dilabel lebih berbisa daripada trio serangan Arsenal, Dortmund

Liverpool mungkin mempunyai trio terbaik di dunia buat masa ini. Trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane telah menggerunkan banyak pasukan dan telah membantu Liverpool menang 5-2 ke atas AS Roma dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara minggu lepas

Gandingan ketiga-tiga pemain itu telah menjaringkan 88 gol musim ini dan merupakan trio serangan terbaik menurut laman web Tranfermarkt.com.

Namun, apa yang lebih membanggakan bukanlah mengenai trio Liverpool yang kita sudah sedia maklum kehebatan mereka.

Dalam carta sepuluh trio terbaik kelab di dunia musim ini, dua daripadanya adalah trio daripada kelab Thailand dengan salah satu dari kelab Thailand itu berada dalam lima trio terbaik!

Trio Buriram United, Jakson Avelino (Jaja), Diogo Luis Santo dan Supachok Sarachat telah menjaringkan 74 gol musim ini untuk menjadi trio keempat terbaik kelab dunia, tiga gol kurang daripada trio Barcelona yang dibarisi Lionel Messi, Luis Suarez dan Paulinho.

Wakil kedua dari Thailand adalah trio Bangkok United yang dibarisi Dragan Boskovic, Mario Gjurovski dan Teerathep Winothai yang menjaringkan 72 gol untuk berada di tangga keenam, mengatasi trio Harry Kane, Heong-Min Son dan Christian Eriksen dari Tottenham Hotspurs yang menjaringkan 69 gol.

Bagi Indonesia pula, mereka diwakili trio Bali United, Sylvano Comvalius, Irfran Bachdim dan Marcos Flores yang menjaringkan 55 gol untuk berada di tangga ke-23, kurang dua gol daripada trio Juventus, Gonzalo Higuain, Paulo Dybala dan Mario Mandzukic.

Bagaimana pula dengan kelab Malaysia?

Kedah FA berada di tangga ke 106, terikat 40 gol bersama Club Brugge dan Celta Vigo, menerusi trio Ken Ilso, Baddrol Bakhtiar dan Sandro. Trio Kedah menjaringkan lebih banyak gol berbanding trio serangan kelab gergasi Eropah seperti Borussia Dortmund, Arsenal dan AS Roma.

Trio JDT musim lalu yang dibarisi Gonzalo Cabrera, Safiq Rahim dan Gabriel Guerra pula berada di posisi ke 211 dengan jumlah jaringan 34 gol, terikat dengan kelab Sepanyol Villareal dan satu gol lebih daripada kelab Serie A Itali, AC Milan.

Berikut adalah senarai 10 trio terbaik di dunia pada waktu ini:

1) Liverpool - Liga Perdana Inggeris

Mo Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino
Jumlah Gol: 88

2) Paris Saint Germain - Ligue 1

Edinson Cavani, Neymar, Kylian Mbappe
Jumlah Gol: 86

3) FC Barcelona - La Liga

Lionel Messi, Luis Suarez, Paulinho
Jumlah Gol: 77

4) Buriram United - Thai League 1

Jaja, Diogo, Supachok Sarachat
Jumlah Gol: 75

5) Shanghai SIPG - Chinese Super League

Hulk, Lei Wu, Elkeson
Jumlah Gol: 72

Bangkok United - Thai League 1

Dragon Boskovic, Teeratep Winothai, Mario Gjurovski
Jumlah Gol: 72

Tottenham Hotspur - Liga Perdana Inggeris

Harry Kane, Son Heung-min, Christian Eriksen
Jumlah Gol: 69

Manchester City - Liga Perdana Inggeris

Sergio Aguero, Raheem Sterling, Gabriel Jesus
Jumlah Gol: 68

Real Madrid - La Liga

Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Marco Asensio
Jumlah Gol: 67

Al Duhail - Qatar Stars League

Youssef El Arabi, Youssef Msakni, Tae-Nee Ham
Jumlah Gol: 65