Luar Negara Eropah

Daftar, Share dan Menang! Ini peluang anda untuk menyaksikan El Clasico di Sepanyol

Ayuh penyokong-penyokong Real Madrid dan Barcelona!

Ingin menyaksikan #ElClasico secara langsung di Sepanyol? La Liga mahu memberi peluang kepada anda untuk menyaksikan perlawanan di antara Barcelona dan Real Madrid pada 5 Mei ini.

Perlawanan ini melibatkan dua pasukan terbesar di Sepanyol dan ‘rivalry’ di antara kedua-dua pasukan cukup dikenali di seluruh dunia. Pada awal musim ini, Real Madrid tewas 0-3 di tangan Barcelona, biarpun bermain di Santiago Bernabeu. Bulan depan, mereka mempunyai peluang keemasan untuk membalas dendam kekalahan tersebut, apabila berkunjung ke Nou Camp untuk bertemu skuad Ernesto Valverde.

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda menyertai peraduan ini!

1) Daftar sekarang di https://www.laliga.es/en/elclasico

2) Selepas proses pendaftaran selesai, anda akan menerima akses kepada platfom konten ekslusif El Clasico. Anda perlu berkongsi konten-konten tersebut di laman sosial anda, dan setiap perkongsian akan menerima 100 mata.

3) Anda juga boleh melihat jumlah mata dan kedudukan anda di platform tersebut.

4) Sekiranya berjaya mencatat antara jumlah mata yang tertinggi, anda akan memenangi pakej yang mengandungi tiket perlawanan, hotel penginapan dan juga tiket penerbangan untuk dua orang!

Apa lagi? Jom sertai peraduan ini!