
Selangor berjaya mara ke pusingan ketiga Shopee Piala FA selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam semalam.
Walaupun skuad Irfan Bakti berjaya membuka tirai jaringan terlebih dahulu, Selangor berjaya menyamakan kedudukan melalui Rufino Segovia, enam minit sebelum tamat babak pertama. Evan Dimas kemudiannya membantu meletakkan Selangor 2-1 di hadapan dengan jaringan yang cukup cantik, sebelum Rufino menjaringkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan untuk memberi kemenangan 3-1 kepada Red Giants.
Berikut adalah beberapa perkara yang kami perhatikan dalam perlawanan tersebut: