Luar Negara

Liverpool telah mengenal pasti calon untuk menggantikan Emre Can

Siapa sahaja yang pernah bermain untuk Southampton, pasti akan menarik perhatian Liverpool, walaupun sudah berpindah ke kelab lain.

Bagi menggantikan tempat Emre Can yang dikhabarkan sudah pasti akan meninggalkan kelab, Liverpool dikatakan sedang memantau situasi bekas pemain Southamton, Victor Wanyama yang kini beraksi untuk Tottenham Hotspur.

Pemain Kenya itu kini sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama Spurs dengan Pochettino lebih banyak menggunakan Moussa Dembele berbanding Wanyama.

Wanyama berada dalam kesebelasan utama bagi saingan Piala FA menentang AFC Wimbledon dan Newport County musim ini, namun terpaksa bermain sebagai pemain simpanan dalam perlawanan lain termasuk menentang Liverpool di mana dia menjaringkan satu gol yang cantik hasil rembatan jarak jauh.

Selain Liverpool, Manchester United dan Chelsea juga dikhabarkan sedang memantau situasi Victor Wanyama.