Luar Negara

Live Streaming Serie A: Torino vs Juventus

Juventus akan turun beraksi Torino di dalam perlawanan Turin derby yang sudah tentu menjanjikan aksi yang cukup menarik malam ini.

Selepas hanya sekadar seri 2-2 bersama Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari, Juve sudah tentu mahu bangkit semula malam ini, terutamanya di dalam perlawanan derby sebegini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, Juventus muncul dengan kemenangan 4-0, dengan Paulo Dybala menjaringkan hat-trick. Selain itu, momentum Juve di Serie A juga cukup positif pada masa ini, dengan lapan kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir mereka.

Namun malam ini, mereka akan berdepan dengan skuad Torino yang masih belum tewas dalam tujuh perlawanan terakhir mereka. Tambahan pula, pengendali Torino, Walter Mazarri tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan  di dalam skuadnya untuk perlawanan ini.

Juve akan turun beraksi tanpa Juan Cuadrado dan Blaise Matuidi – dua pemain yang masih bergelut dengan kecederaan jangka masa panjang. Manakala Benedict Howedes pula turut dijangka tidak akan beraksi malam ini. Walau bagaimanapun, Andrea Barzagli nampaknya akan beraksi di kesebelasan pertama, selepas berjaya pulih daripada kecederaan paha.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan ini, sila klik di pautan berikut!

SportsFix: Turin Derby – Torino vs Juventus