Malaysia Liga Super Malaysia

Biarpun masih kemarau gol, Guilherme de Paula yakin dapat bangkit semula

Penyerang utama Kuala Lumpur, Guilherme de Paula yakin dengan kebolehannya untuk bangkit menjaringkan gol semula, walaupun masih kemarau gol di pentas Liga Super setakat ini.

Kuala Lumpur tewas di dalam dua perlawanan pertama mereka, sebelum tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim di Stadium Cheras tempoh hari. Namun, Guilherme masih belum membuka akaun golnya untuk musim ini.

“Saya hanya perlu bersabar menunggu gol pertama kerana yakin selepas ia diperoleh, gol lain akan menyusul. Saya percaya dengan kemampuan sendiri,” kata Guilherme, menurut laporan Arena Metro.

Musim lepas, Guilherme menyumbat 27 gol, termasuk enam gol ketika menentang ATM pada bulan May lepas, untuk membantu skuad City Boys menjadi juara Liga Premier.

Untuk aksi Liga Super seterusnya, Kuala Lumpur akan berkunjung ke Stadium Batu Kawan untuk menentang PKNP pada 25 Februari akan datang.