Luar Negara

Live Streaming Serie A: Juventus vs Genoa

Juventus akan turun berdepan dengan Genoa di Stadium Allianz malam ini, dengan harapan untuk meraih tiga mata penting.

Napoli kini berada empat mata di hadapan Juventus, selepas berjaya menewaskan Atalanta 1-0 tempoh hari dan Juventus jelas perlu memenangi perlawanan malam ini untuk terus mengejar Napoli dan mengekalkan aspirasi mereka untuk menjuarai Serie A.

Namun, anak buah Massimiliano Allegri akan memasuki perlawanan ini dengan tahap keyakinan yang tinggi kerana mereka hanya bolos satu gol dalam 11 perlawanan terakhir. Prestasi semasa mereka juga cukup memberasangkan kerana mereka hanya tewas sekali dalam 11 perlawanan terakhir.

Selain itu, rekod Juventus menentang Genoa agak positif – skuad Old Lady hanya pernah tewas tiga kali dalam 28 pertembungan di antara kedua-dua pasukan ini.

Walau bagaimanapun, skuad Allegri masih dibelenggu dengan masalah kecederaan. Gianluigi Buffon dan Pablo Dybala masih belum pulih daripada kecederaan masing-masing, manakala Claudio Marchisio, Benedikt Howedes dan Juan Cuadrado juga tidak akan diturunkan malam ini.

Jom saksikan Live Streaming Serie A: Juventus vs Genoa, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!