Luar Negara Berita

Penyokong Man United Berang Dengan Peruntukan Tiket Lawan Arsenal

Penyokong Manchester United ternyata marah apabila ditawarkan peruntukan tiket yang kurang menjelang perlawanan pusingan keempat Piala FA bertemu Arsenal nanti.

Menurut garis panduang, United berhak mendapat sehingga 15 peratus daripada 60,000 kapasiti Stadium Emirates tetapi daripada 9,000 tiket yang sepatutnya diberikan kepada penyokong United. Pihak Arsenal telah memotong 4,000 tiket menjadikan hanya 5,000 tiket ditawarkan.

“Apa yang menjadikan Piala FA istimewa adalah peruntukan jauh lebih besar daripada yang anda dapat dalam perlawanan liga,” kata seorang penyokong United

“Bagi Arsenal untuk menawarkan separuh peruntukan tiket adalah satu perkara yang lucu. Permainan ini hanya 10 hari sahaja lagi dan pada masa ini United tidak dapat menjual tiket kepada peminat mereka.

“Penyokong perlu membuat perkiraan untuk perlawanan yang telah dipindahkan ke masa yang tidak sesuai pada malam Jumaat.”

Penyokong United juga disokong oleh rakan-rakan mereka di Arsenal, yang mengatakan mereka mengharapkan peruntukan tiket yang sama jika perlawanan ini berpotensi bakal dimainkan semula di Old Trafford.

“Kekalkan 15 peratus peruntukan tiket. Wujukan suasana yang hebat dan wujudkan satu pengalaman yang berbeza dengan PL. Sangat kecewa untuk melihat ancaman ini di Emirates menjelang perlawanan dengan MUFC nanti,” kata Trust Supporters Arsenal di Twitter.

Arsenal dengan 13 kemenangan Piala FA dan United dengan 12 adalah kelab paling berjaya dalam pertandingan kalah mati tertua di dunia.