Luar Negara

Wenger: Sanchez mungkin menjadi pemain Man Utd dalam masa 24 jam

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah mengesahkan bahawa Alexis Sanchez dijangka akan melengkapkan perpindahannya ke Manchester United dalam masa 24 jam akan datang.

Henrikh Mkhitaryan pula akan menyertai Arsenal sebahagian daripada persetujuan perpindahan di antara kedua-dua kelab untuk Alexis Sanchez.

“Berita ini sudah banyak dilaporkan oleh media jadi saya tidak perlu tambah lagi rasanya. Setahu saya, perpindahan ini mungkin boleh berlaku, mungkin tidak akan berlaku. Jika tidak berlaku, Sanchez akan bermain hari Sabtu ini.

“Tetapi, saya rasa ia akan berlaku dalam masa 24 jam seterusnya, walaupun saya sedar bahawa isu ini boleh tamat pada bila-bila masa sahaja. Sudah 30 tahun saya berurusan dengan perpindahan pemain. Selagi tidak selesai di atas kertas, susah untuk saya sahkan apa-apa.

Sanchez dijangka akan menerima gaji tertinggi di England, dengan pelbagai laporan media di England mengatakan bahawa tawaran yang diberikan oleh United adalah dalam lingkungan 400-500 ribu pounds seminggu, termasuk bonus.