Malaysia

Kapten skuad kebangsaan Vietnam semakin hampir ke Kedah

Kedah dijangka akan melengkapkan perpindahan Nguyen Van Quyet dari Hanoi FC secara pinjaman dalam masa terdekat.

Berita ini diumumkan oleh pihak pengurusan Hanoi FC dan Van Quyet akan diberi pelepasan untuk bermain di luar negara selama setahun, walaupun dia masih mempunyai kontrak dua tahun bersama pasukan V.League itu.

“Kontraknya bersama Hanoi FC akan tamat dalam masa tahun, jadi kami beri peluang kepada Van Quyet untuk sertai Kedah selama satu tahun,” kata wakil Hanoi FC, Nguyen Quoc Hoi, menurut laporan Bongda24h. “Kami sebenarnya mahu Van Quyet menyertai Muangthong tetapi dia mahu berhijrah ke Kedah.”

Selain Kedah, Van Quyet dikaitkan dengan dua lagi kelab Thailand, iaitu Buriram United dan Muangthong United. Buriram akhirnya membuat keputusan untuk membawa masuk rakan sepasukan Van Quyet di Hanoi FC – Hoang Vu Samson.

Dan apabila sedar bahawa Van Quyet lebih berkenan untuk menyarung jersi skuad Helang Merah di Malaysia, Muangthong pula menyambar Baihakki Khaizan daripada genggaman Kuala Lumpur di saat terakhir untuk mengisi slot import ASEAN mereka.