THAILAND
Ketua Jurulatih: Zoran Jankovic
Pemain Tumpuan: Jakkit Wachpirom
Kualiti bolasepak di Asia Tenggara dan Thailand masih belum boleh dibandingkan dengan gergasi Asia lain seperti Jepun, Arab Saudi dan Korea Selatan namun jurang di antara kedua-dua rantau semakin kecil. Contohnya, walaupun Thailand mengalami pelbagai masalah dari segi taktik dan juga kesilapan di bahagian pertahanan, mereka tetap berjaya menunjukkan persembahan yang bagus apabila turun menentang Jepun dan Korea Utara di Piala M-150 bulan lepas.
Skuad kendalian Zoran Jankovic berjaya menewaskan Jepun 2-1 dan hanya tewas 0-1 di tangan Korea Utara – pengalaman yang akan membantu mereka menghadapi kedua-dua pasukan tersebut di pentas Piala AFC B-23 tahun.
“Saya yakin pemain saya boleh menewaskan Korea Utara kerana kami baru sahaja bermain menentang mereka bulan lepas. Dan jika pemain saya menunjukkan corak permainan yang sama, kami turut boleh menewaskan Jepun sekali lagi. Kami sudah bersedia untuk cabaran ini,” kata Zoran Jankovic.
Trivia!
Bintang Thailand dan FC Tokyo, Jakkit Wachpirom baru-baru ini dimasukkan ke dalam senarai 20 Pemain Terbaik di Asia Tenggara, selepas berjaya menjadi pemain Thai pertama untuk menjaringkan gol di J.League, tahun lepas.