Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan B Piala AFC B-23 Tahun: Jepun bakal pertahan takhta Asia?

KOREA UTARA

Photo Credit: AFC

Ketua Jurulatih: Ju Song-il
Pemain Tumpuan: Kim Yu-sung

Korea Utara akan berharap untuk membawa momentum mereka dari tahun 2016 ke dalam kejohanan ini, namun prestasi semasa mereka agak lemah. Imbas kembali ke peringkat kelayakan yang berlangsung pada bulan Julai lepas, di mana Korea Utara hanya sekadar meraih kemenangan mudah ke atas Chinese Taipei dan Laos sebelum seri dengan Hong Kong.

Prestasi tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan beberapa bulan selepas itu. Korea Utara tiba di Thailand untuk menyertai Piala M-150, di mana mereka mengalami kekalahan 0-4 di tangan Jepun. Jika anda bandingkan rekod semasa ini dengan rekod mereka pada tahun 2016, di mana mereka hampir menewaskan Qatar di peringkat suku akhir, bukan susah untuk sedar bahawa skuad kendalian Song-il mempunyai tugas yang sukar tahun ini.

 

Trivia!

Pemain tumpuan, Kim Yu-sung merupakan penjaring terbanyak Korea Utara di peringkat kelayakan. Dia turut dinobat sebagai penjaring terbanyak Piala AFC tahun lepas selepas berjaya meledak 9 gol untuk 4.25 SC.