Asia

Football Tribe Awards: 5 jurulatih terbaik di Asia

Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Iran ini kembali ke negara itu untuk mengambil alih Persepolis pada tahun 2015. Dua musim kemudian, dia sudah berjaya memenangi Liga Iran, Super Cup dan turut membawa Persepolis ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Asia.

Pengaruh Branko Ivankovic bukan sahaja dari segi piala, malah corak permain mereka semenjak dua tahun lepas turut menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh Asia. Musim ini, Persepolis masih menghuni kedudukan teratas di carta liga and mengikut prestasi semasa mereka, tidak mengejutkan jika skuad Ivankovic berjaya memenangi kejuaraan liga sekali lagi.