Malaysia Asia

Senarai 23 pemain Malaysia yang akan berlepas ke Thailand untuk berdepan Korea Utara

Ketua jurulatih Malaysia, Nelo Vingada telah mengumumkan skuad 23 pemain Malaysia yang akan berlepas ke Buriram untuk perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara.

Perlawanan pertama akan berlangsung pad 10 November, di mana Korea Utara akan menjadi pasukan tuan rumah, manakala perlawanan kedua akan berlangsung pada 13 November, di mana Malaysia akan menjadi pasukan tuan rumah.

Skuad kali ini menyaksikan gandingan pemain berpengalaman tinggi dan juga pemain muda yang menarik perhatian ramai ketika Sukan SEA pada bulan Ogos lalu. Syamer Kutty, Nor Azam Azih, Adam Nor Azlin, dan Safawi Rasid telah diberikan ‘call-up’ oleh Vingada.

Secara keseluruhan, 10 daripada 23 pemain tersebut adalah daripada skuad Johor Darul Ta’azim yang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Manakala, lima pemain daripada Perak juga turut dipanggil untuk skuad ini, termasuk Khairil ‘Beto’ Anuar.

Darren Lok dan Baddrol Bakthiar tidak dimasukkan dalam skuad ini atas sebab kecederaan manakala Junior Eldstal pula digugurkan daripada senarai asal.

Skuad Malaysia: Safiq Rahim, Hazwan Bakri, Nazmi Faiz, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi, Afiq Fazail, S. Kunanlan, Azrif Nasrulhaq, Hafizul Hakim, Shahrom Kalam, Nazirul Naim, Amirul Azhan, Khairil Anuar, Wan Zack Haikal, Hadin Azman, Kiko Insa, Nor Azam Azih, Khairulazhan Khalid, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad, Syamer Kutty.