Luar Negara

Alexis Sanchez lengkapkan perpindahan ke Manchester City

Penyerang Chile yang berusia 28 tahun, Alexis Sanchez telah mengambil keputusan untuk keluar dari Arsenal dan menyertai pasukan Manchester City dengan nilai perpindahan 60m pound.

Perpindahanya ke Manchester City membolehkan Arsene Wenger mendapatkan pengganti dari As Monaco, Thomas Lemar. Liverpool turut memburu untuk mendapatkan khidmat Lemar menurut laporan dari media eropah.

Minggu lalu, Manchester city telah membuat tawaran bernilai 50m pound untuk mendapatkan Sanchez tetapi  Arsenal mahukan Raheem Sterling sebagai pertukaran dalam perpindahan itu. Tetapi Guardiola enggan melepaskan Sterling kerana dia mempunyai pilihan lain untuk ditukar.

Arsenal ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan Lemar  sebagai pengganti Sanchez walaupun As Monaco menyatakan Lemar bukan untuk dijual.