Luar Negara

Coutinho tinggalkan Liverpool untuk menyertai Barcelona

Barcelona sedang membuat persiapan untuk pengumuman rasmi kemasukan pemain baru dari Liverpool, Phillipe Coutinho dengan  nilai perpindahan 138m pound.

Liverpool sebelum ini telah menolak tawaran dari Barcelona sebanyak 3 kali tetapi akhirnya mereka mengalah dan menerima tawaran ke 4 yang lebih lumayan dari Barcelona untuk mendapatkan pemain itu. Tawaran ketiga adalah bernilai 118m pound tetapi Liverpool akhirnya akan melepaskan pemain itu setelah Countinho meluahkan hasrat hendak menyertai kelab dari Sepanyol itu.

Countinho setakat ini telah menjaringkan 42 gol dalam 182 penampilan bersama Liverpool. Pembelian Coutinho dari Barcelona telah memberikan nilai profit yang tinggi kepada Liverpool kerana membelinya dari Inter Milan dengan nilai 8.5m pound.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan Liverpool pada Januari sebelum mengambil keputusan untuk ke Barcelona. Beliau telah menolak beberapa tawaran kelab lain sepanjang berada di Liverpool.

Countiho tidak bermain dalam 3 perlawanan awal liga perdana inggeris kerana mengalami kecederaan belakang. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalangnya untuk menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Brazil.