Jurulatih skuad Vietnam bawah 22 tahun, Nguyen Huu Thang mahu serahkan surat peletakan jawatan selepas pasukannya mencatat keputusan yang mengecewakan apabila tewas 0-3 kepada pasukan Thailand dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bola sepak Sukan SEA.
Keputusan itu menyaksikan Vietnam tersingkir daripada saingan sukan SEA dan menyebabkan jurulatihnya mengumunkan hasrat untuk letak jawatan pada sidang media selepas perlawanan itu.
“Saya mohon maaf kepada penyokong, iaitu kepada mereka yang sentiasa menyokong kami. Sebagai jurulatih, saya gagal memenuhi impian penyokong dan saya tawar untuk meletak jawatan dan beri peluang kepada jurulatih lain,” katanya.
“Kami gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dan saya harus bertanggungjawab di atas kegagalan ini.”
“Saya rasa ini keputusan yang betul. Saya harap pasukan ini mendapat jurulatih baharu yang lebih baik selepas ini,” jelasnya.
Vietnam bermula cemerlang apabila mencatat 3 kemenangan berturut-turut ke atas Kemboja, Filipina dan Timor leste. Namun mereka gagal mengutip 3 mata penuh apabila bertemu pasukan Indonesia dan Thailand.
Situasi itu menyebabkab Thailand mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan B bersama Indonesia.