Luar Negara

Guangzhou Evergrande antara 13 kelab Liga Super China yang gagal bayar gaji

Liga Super China kini dilanda malapetaka apabila 13 buah kelab Liga Super China menghadapi masalah kewangan dan gagal membayar gaji pemain tepat pada masanya. Kelab-kelab ini juga diberi amaran oleh Persatuan Bolasepak China CFA dan bakal dibatalkan penyertaan mereka daripada liga bola sepak China musim hadapan andai mereka gagal menyelesaikan isu gaji tertunggak sebelum 15 Ogos ini.

Menurut Mirror Sport, antara 13 buah kelab yang bermasalah termasuk Shanghai SIPG, yang mempunyai deretan pemain bintang berkelas dunia seperti Ricardo Carvalho, Hulk dan Oscar serta Shanghai Shenhua, yang mempunyai kewajiban membayar Carlos Tevez sebanyak £ 615,000 seminggu. Oscar menandatangani kontrak dengan Shanghai SIPG dalam perjanjian £ 60 juta yang luar biasa manakala Carlos Tevez menjadi pemain paling mahal dalam bola sepak dunia oleh Shanghai Shenhua pada Disember 2016.

Walau bagaimanapun, Shanghai Shenhua telah beraksi jauh lebih baik tanpa Tevez di peringkat awal mereka. Peminat juga menuduh para pemain asing menggunakan CSL sebagai platform pra-persaraan dengan keuntungan secara besar-besaran dari sudut kewangan. Akibatnya, FA Cina mula mengambil pendekatan yang lebih keras dalam menangani langkah pemindahan ini, mendakwa bahawa kelab membazir duit membeli pemain import yang mahal berbanding  pelaburan dalam pembangunan pemain muda yang berkualiti.

Selain daripada 13 pasukan di CSL, 5 lagi pasukan di divisyen 2 juga gagal menyelesaikan gaji dan bonus pemain. China dijangka akan melaksanakan gaji siling untuk pemain-pemain bola sepak di China. Mereka juga akan mengawal perlaburan yang mencurigakan di dalam kelab-kelab bola sepak. China juga akan menyiasat dakwaan mengenai ejen bola sepak yang mengambil kesempatan di atas situasi semasa.

Berikut adalah senarai 13 kelab CSL an 5 kelab divisyen 2 China yang didapati tidak membayar gaji pemain dengan sempurna:

China Super League:

Shanghai Shenhua, Shanghai SIPG, Beijing Guoan, Changchun Yatai, Chongqing Dangdai Lifan, Hebei China Fortune, Guangzhou Evergrande, Guangzhou R&F, Jiangsu Suning, Liaoning Whowin, Shandong Luneng Taishan, Tianjin Quanjian, Tianjin TEDA.

League 1 China:

Beijing Renhe, Dalian Transcendence, Shanghai Shenxin, Shijiazhuang Ever Bright.

sumber: mirrorsports