Liga Super Malaysia

FMLLP luluskan pindaan jadual liga M untuk memudahkan persiapan skuad Sukan SEA

 

Badan pentadbir liga Malaysia, Football Malaysia LLP (FMLLP) telah menerima permohonan daripada pihak Pengurusan Pasukan Bawah 22 Tahun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk meminda perlawanan seperti yang tersebut di atas bagi persiapan pasukan Bawah 22 Tahun menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula pada 17 hingga 30 Ogos 2017 dan FMLLP telah meluluskan pindaan jadual perlawanan tersebut. 

Perlawanan keenam peringkat kumpulan Piala Malaysia yang dijadualkan pada 9 Ogos ini iaitu pada hari Rabu telah ditangguhkan kepada 9 September 2017  yang jatuh pada hari Sabtu.  FMLLP turut mengumumkan tarikh perlawanan kalah mati Piala Malaysia 2017.

Selain itu, 4 perlawanan Liga Super dan Liga Perdana yang dijadualkan pada 29 & 30 September 2017 telah ditangguhkan kepada 26 & 27 September 2017 manakala perlawanan yang dijadualkan pada 20 & 21 Oktober 2017 telah ditangguhkan kepada 27 & 28 Oktober 2017.

Penangguhkan ini membolehkan skuad Malaysia U22 membuat persiapan rapi dan dapat mengumpulkan barisan terbaik untuk menghadapi acara bolasepak Sukan SEA. Anak buah Ong Kim Swee yang baru sahaja melakar sejarah layak ke Kejohanan AFC U23 tahun depan sasar pingat emas untuk negara.