Berita

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meninggal dunia pagi tadi pada jam 8.45 pagi di Hospital KPJ Ipoh.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk hamidin Amin berkata, “beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu selepas mengalami demam panas dan sakit didalam perut.”

“Selepas itu beliau berada dalam keadaan koma.”

“Saya baru sahaja memaklumkan perkara kepada presiden FAM, Tunku Ismail Ibrahim dan kami masih cuba mendapatkan butiran lanjut berkenaan kematiannya.”

Takziah.