Liga Super Malaysia

Nidzam Adzha Yusoff Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Kedah

Status Nidzam Adzha Yusoff sebagai pengendali sementara pasukan Kedah telah berakhir apabila beliau sah dilantik sebagai ketua jurulatih baru Kedah menggantikan Tan Cheng Hoe yang telah meletak jawatan 1 April lalu.

Perkara ini disahkan oleh Nidzam sendiri sebelum sesi latihan petang semalam dimana, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mendaftarkan beliau sebagai ketua jurlatih baru pasukan Kedah, selepas berjaya membawa pasukan itu menjadi juara Piala FA buat kali ke 4.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana memberi kepercayaan kepada saya dengan mendaftar saya sebagai ketua jurulatih.”

“Kini saya mahu terus fokus meningkatkan lagi prestasi pasukan dalam Liga Super dan Piala Malaysia yang juga bakal memberi cabaran besar untuk saya. ”

“Saya perlu bekerja keras memastikan momentum kejayaan Kedah diteruskan seperti yang telah dirancang. Bukan mudah untuk mencipta kejayaan besar apatah lagi mahu meneruskan momentum kejayaan yang sudah dikecapi pasukan.”

“Namun saya bertekad mahu beri sepenuh kemampuan dan keupayaan saya demi kejayaan yang dinantikan pasukan Kedah.”

Kedah sedang membuat persiapan untuk menghadapi pasukan T-Team di Stadium Darul Aman 24 Mei ini.

Bagaimanapun, jawatan tersebut hanya akan disandang sehingga akhir musim ini iaitu apabila kontrak semasanya tamat dan kedudukannya untuk musim depan bergantung kepada prestasi pasukan.

Pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low berkata, walaupun pelantikan Nidzam Adzha sebagai ketua jurulatih menggantikan Tan Cheng Hoe belum ada ‘hitam putih’ namun jawatan itu kini memang sah milik jurulatih kelahiran Perak itu tersebut.

“Kami (KFA) memang sudah membuat keputusan untuk mengekalkan dia hingga akhir musim sekiranya berjaya membantu Kedah menjuarai Piala FA. Jadi hingga akhir musim ini, dia akan mengendalikan pasukan Lang Merah.

“Bagaimanapun, kami masih belum menawarkan kontrak baharu kepadanya. Kami dalam proses untuk menyediakan ‘hitam putih’ bagi mengesahkan jawatan ketua jurulatih Kedah kini miliknya,”

Sumber: Wartawan BH & Utusan