Liga Super Malaysia

Pemain Terengganu City FC Tak Puas Hati Gaji Tertunggak

Menurut sebuah Facebook Page Coastal Sea Army, pemain-pemain Terengganu City FC sudah mula hilang sabar berkenaan isu pembayaran gaji yang tertunggak selama 2 bulan.

Satu imej papan putih dalam yang dimuat naik dalam laman sosial itu juga dikatakan ditulis oleh pihak yang teraniaya.

“TAJUK UTAMA, GAJI BONUS #2 BULAN”

Selain itu dalam imej itu juga memaparkan, mereka hanya akan menunggu pembayaran gaji dan bonus itu diselesaikan sehingga 7 Jun 2017.

Jika masih tiada apa-apa tindakan dari pihak pengurusan pasukan Terengganu City FC, mereka seolah-olah menyatakan akan ‘menyerang’.

“Kite tunggu 7/6/17, kalu tak dok, kite SERANG!!!”

Apa sudah jadi Terengganu City FC? Mohon Pres J jawap, jika Kalau ini benar. Kesian player. Ada tanggungan ada anak bini…

Coastal Sea Armyさんの投稿 2017年5月21日

UPDATE: Kami menerima maklumat bahawa staff pengurusan sudah tidak menerima gaji selama 3 bulan dan pemain selama 2 bulan.

Kami berharap pihak pengurusan Terengganu City akan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin untuk mengelakkan pelbagai isu yang lebih rumit dimasa depan.

Terengganu City FC yang kini bersaing dalam Liga Piala FAM, berada dalam kumpulan B, berkongsi 18 mata dengan pasukan ditempat kedua PJ Rangers FC. Pendahulu Liga Piala FAM kumpulan B adalah Sime Darby FC dengan 19 mata.