2 bintang muda Korea Selatan yang kini bersama Barcelona B – Park Seung-ho dan Barcelona Juvenil A – Lee Seung-woo, meranapkan impian pasukan Argentina untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam edisi FIFA Piala Dunia U20 kali ini.
Gol pertama Korea Selatan dijaringkan oleh Lee Seung-woo pada minit ke 18 apabila melakukan larian sejauh hampir 40 meter dari tengah padang menewaskan 3 pertahanan Argentina sebelum membuat sungkitan untuk memperdayakan penjaga gol Argentina, Franco Petroli.
3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Park Seung-ho menambah gol Korea Selatan melalui sepakan penalti selepas Franco Petroli merempuh Cho Young-wook.
Argentina cuba merapatkan jurang 5 minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula melalui Marcelo Torres. Tamat perlawanan, keputusan kekal berpihak kepada Korea Selatan 2-1.
Argentina yang masih belum meraih sebarang mata itu akan bertemu Guinea dalam perlawanan terakhir kumpulan A, dan mereka perlukan kemenangan untuk sekurang-kurangnya berada dalam pasukan tempat ke 3 terbaik.