Malaysia

Berapa Mata Yang Mampu Malaysia Kutip Bertemu Korea Utara Dan Lebanon?

Tidak sampai sebulan sebelum saingan pertama Malaysia dalam peringkat kumpulan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung, pada 8 Jun 2017 di Pyongyang bertemu Korea Utara yang kini menghuni ranking 116. Dalam kumpulan B, Malaysia (158) juga diletakkan bersama Lebanon (137) dan Hong Kong (150).

Ranking diatas adalah kedudukan semasa selepas FIFA mengemaskini ranking untuk bulan Mei 2017. Dan untuk makluman juga, bagi kemaskini bulan Jun 2017 dijadualkan akan diumumkan pada 1 Jun 2017, seminggu sebelum perlawanan pertama Malaysia.

Berapa Mata Yang Mampu Malaysia Kutip?

Dalam artikel ini kami hanya akan memberikan jumlah mata yang akan diperolehi oleh Malaysia dalam 2 perlawanan yang akan berlangsung pada bulan Jun 2017 nanti – 8 Jun 2017 bertemu Korea Utara di Pyongyang dan 13 Jun 2017 bertemu Lebanon.

Selepas membuat kiraan FIFA ranking dan disemak dengan laman FIFA, Malaysia akan mendaki beberapa anak tangga.

[perfectpullquote align=”full” cite=”” link=”” color=”” class=”” size=””]Jangkaan kami, pada 1 Jun nanti, Malaysia akan berada di kedudukan 155 dengan 148 mata, dari kedudukan sekarang 158. Hong Kong pula, akan berada dikedudukan 147, naik 3 tangga dengan 179 mata, Lebanon pada kedudukan 135, naik 2 tangga dengan 228 mata dan Korea Utara di kedudukan 113 dengan 307 mata.[/perfectpullquote]

Berdasarkan kedudukan ini, mata maksimum yang mampu diperolehi oleh Malaysia adalah seperti dibawah.

1) Jika Malaysia menang kedua-dua perlawanan, mata maksimum yang akan diperolehi adalah sekitar 969 mata dari 2 perlawanan ini sahaja. Impak kepada FIFA Ranking pula adalah, Malaysia akan melonjak sekitar 60 mata, dan berkedudukan sekitar 135 – 140 dalam FIFA Ranking.

2) Seandainya tewas dalam kedua-dua perlawanan ini, kedudukan Malaysia akan menjunam kepada sekitar 165-170 dalam FIFA Ranking pada Julai 2017.

3) Skuad kebangsaan Malaysia diharapkan mampu untuk membawa sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanan bertemu Korea Utara dan Lebanon bagi membantu menaikkan lagi AFC MA Ranking. Walaupun hanya 10% diambil dari jumlah mata FIFA Ranking ke dalam pengiraan, namun ia memberikan satu nilai yang besar.