Other Editions

Dua sebab di sebalik kegagalan hasrat Popov untuk kembali ke Kelantan

Velizer Popov tidak akan kembali ke Kelantan.

Itu hakikat yang perlu diterima oleh penyokong Kelantan setelah jurulatih Bulgaria itu mengumumkan bahawa perbincangan bersama Kelantan FA (KAFA) sah tamat selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat untuk perancangan musim depan.

Popov sememangnya berminat untuk kembali bersama The Red Warriors, terutamanya selepas Bibi Ramjani mengambil alih pucuk kepimpinan kelab tersebut. Namun, hasrat beliau tidak tersampai selepas KAFA menolak dua permintaan penting bekas ketua jurulatih Sisaket FC itu.

“Malangnya, kami tidak dapat mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu untuk 2018 kerana KAFA enggan menerima syarat yang paling penting dengan keadaan saya sebagai seorang jurulatih,” kata Popov, melalui akaun Instagram rasmi beliau.

“Saya hanya mahu memilih sendiri kakitangan untuk membantu saya. Ia termasuk mengawal perpindahan pemain tempatan dan asing untuk masuk ke TRW. Ia bukan soal wang, saya sedia membuat kompromi mengenai perkara lain tetapi tidak dengan dua perkara penting ini untuk kerja saya.

“Jika saya tidak boleh membuat pilihan untuk memilih pemain import atau tempatan saya tidak boleh bekerja sebaik mungkin,” tambah Popov.

Penyokong Kelantan, apa perasaan anda tentang berita ini?

Related Posts