AFC Champions League

Gamba Osaka Menanti JDT Di Pusingan Play Off AFC Champions League 2017 Jika Tewaskan Bangkok United

Dengan berakhirnya kejohanan Emperor’s Cup 2017 dengan Kashima Antlers berjaya menjuarainya buat kali ke 5 dalam sejarah kelab, slot ke 4 AFC Champions League dari Jepun yang akan beraksi dalam pusingan Play Off, sah menjadi milik Gamba Osaka.

Slot 1 – Juara J1 League 2016: Kashima Antlers

Kashima Antler telah menjadi juara J1 League 2016 apabila berjaya menewaskan Urawa Reds dalam J League Championship. Kashima Antler telah diundi dalam kumpulan E AFC Champions League bersama-sama Juara Thai League 2016, Muangthong United, dan 2 lagi pasukan akan ditentukan melalui Play Off.

Slot 2 – Naib Juara J1 League: Urawa Reds

Secara keseluruhannya, Urawa Reds mengutip mata paling banyak berbanding 18 pasukan yang bertanding dalam J1 League 2016. Namun prestasi mereka kurang memberangsangkan dan konsistensi Kashima Antlers dalam J League Championship meyebabkan mereka hanya mampu berada di tempat kedua. Urawa Reds diundi dalam kumpulan F AFC Champions League bersama-sama wakil Korea Selatan, FC Seoul, Naib Juara Hyundai A-League, Western Sydney Wanderers dan pemenang Play Off.

Slot 3 – Tempat Ke 3 J1 League: Kawasaki Frontale

Menang atau kalah dalam perlawanan akhir Emperor’s Cup 2016 bertemu Kashima Antlers, Kawasaki Frontale sudah mengesahkan tempat dalam peringkat kumpulan AFC Champions League.

Juara Emperor’s Cup layak automatik keperingkat kumpulan AFC Champions League. Oleh kerana Kashima Antlers juga merupakan Juara J1 League 2016, maka slot automatik seterusnya dimiliki oleh Kawasaki Frontale.

Slot 4 – Tempat Ke 4 J1 League: Gamba Osaka (Play Off)

Gamba Osaka perlu menunggu hingga tamat keputusan separuh akhir kejohanan Emperor’s Cup untuk menentukan nasib mereka untuk bertanding dalam AFC Champions League. Jika Yokohama F Marinos dan Omiya Ardija layak ke pusingan akhir Emperor’s Cup, peluang Gamba Osaka untuk sekurang-kurangnya ke peringkat Play Off tertutup rapat.

Namun sebaliknya, Kashima Antlers dan Kawasaki Frontale berjaya menewaskan lawan masing-masing dan layak ke Final Emperor’s Cup. Dan disebabkan kedua-dua pasukan ini sudah layak melalui kaedah Liga, Gamba Osaka disahkan slot ke peringkat Play Off AFC Champions League 2017.

Gamba Osaka menanti pemenang diantara Bangkok United bertemu Johor Darul Ta’zim di peringkat Play Off nanti. Pemenang peringkat Play Off ini diundi dalam kumpulan H bersama-sama juara bertahan AFC Champions League 2016  Jeonbuk Hyundai, Juara Hyundai A League 2016 – Adelaide United dan Naib Juara Chinese Super League 2016 – Jiangsu Suning.

MALAYSIA, Johor Baharu: JDT pose for a group photo during 2016 AFC Cup Group stage match between JDT and Ayeyawady United at Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin Stadium on Feb 24th, 2016. Photo By Nizam Rahman | asiana.my

Cukup jelas cabaran yang menanti JDT adalah sangat kuat. Kami di Football Channel Malaysia berharap pasukan JDT mampu beraksi dengan cemerlang untuk menewaskan Bangkok United dan layak ke peringkat Play Off bertemu Gamba Osaka.

Menarik untuk disaksikan jika benar Nazmi Faiz Mansor akan dipinjamkan ke Gamba Osaka musim 2017, mungkin beliau dapat menyarung jersi Gamba Osaka dan bertemu pasukan asalnya Johor Darul Ta’zim dalam kejohanan AFC Champions League 2017.

Luaskan Kuasa Mu!