Liga Super Malaysia

Zairo Anuar Zalani Catat Sejarah Sebagai Pemain Pertama Terengganu City FC!

14368796_185685595192758_3940290724549245956_n

Kelab yang baru ditubuhkan, Terengganu City FC telah mengumumkan pemain pertama yang ditandatangani mereka untuk mnghadapi musim 2017 dalam saingan Piala FAM.

Zairo Anuar Zalani, pemain tengah cukup berpengalaman dalam bola sepak Malaysia akan kekal dalam sejarah Terengganu City FC sebagai pemain pertama menyertai pasukan itu. Semua pengalaman itu cukup berharga bagi The Sharks untuk bersaing dalam liga divisyen 3 Malaysia serta membantu untuk membimbing pemain-pemain lain.

Zairo Anuar Zalani Terengganu City FC

Selain itu, pihak Terengganu City FC juga mengumumkan barisan kejurulatihan kelab untuk merencanakan pasukan dengan kepakaran yang dimiliki.

Roshadi Wahab telah diberikan kepercayaan penuh sebagai ketua jurulatih Terengganu City FC dengan dibantu oleh Norhisham Hassan sebagai pembantu jurulatih dan Zulkipli Ismail sebagai jurulatih penjaga gol. Bagi memastikan tahap kecergasan pemain-pemain berada ditahap maksima, Terengganu City FC melantik Safib Salmi sebagai jurulatih kecergasan. Ini adalah ‘core’ kepada perancangan didalam padang untuk Terengganu City FC dalam saingan Piala FAM 2017.

15747422_238980713196579_2707345687323029923_n-1

Mereka juga baru sahaja selesai mengadakan sesi pemilihan terbuka pemain-pemain yang telah diadakan selama 2 hari – 26 Disember 2016 di Padang Dataran Rawai dan 27 Disember 2016 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu.

15732659_237871553307495_4731902330742185333_o

Semoga Terengganu City FC akan terus maju dan berkembang dengan profesional! Selamat Maju Jaya dari kami Football Channel MY.