Liga Super Malaysia

Nazmi Faiz Beraksi Untuk JEF United Ichihara Chiba Secara Pinjaman Musim 2017

2016-12-29_2-47-40

Nazmi Faiz Mansor yang baru sahaja menyertai pasukan juara Liga Super Malaysia 2016, Johor Darul Ta’zim, berkemungkinan besar bakal menyertai kelab J2 League – JEF United Ichihara Chiba secara pinjaman untuk musim 2017.

Menguatkan lagi berita ini adalah apabila kami menerima gambar aksi Nazmi yang sedang berlatih bersama pasukan JEF United Ichihara Chiba ini dengan memakai jersi latihan rasmi kelab yang berpangkalan di Ichihara, Chiba ini semalam. Namun begitu setakat ini masih belum ada berita rasmi apakah benar Nazmi akan dipinjamkan ke JEF United Ichihara Chiba atau sekadar menyertai latihan sahaja.

nazmi-faiz-beraksi-bersama-jef-united-ichihara-chiba
Gambar yang dikaitkan dengan rumours Nazmi di JEF United

new innity_adZone(“1f88c7c5d7d94ae08bd752aa3d82108b”, “61713”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});

Jika benar Nazmi dipinjamkan kepada JEF United Ichihara Chiba, beliau boleh diturunkan dalam perlawanan J2 League dengan status pemain tempatan selepas J League mengumumkan perubahan kepada kuota pemain import dan pemain dari J.League Nations Partner beberapa hari yang lepas. J.League mengesahkan akan mengiktiraf pemain dari negara yang berstatus J.League Nations Partner sebagai pemain tempatan mulai musim 2017.

Nota: Untuk pengesahan rasmi, kami masih menunggu pengumuman dari pihak kelab Nazmi iaitu Johor Darul Ta’zim dalam masa terdekat.

 

Maklumat Ringkas JEF United Ichihara Chiba

  1.  Beraksi dalam saingan J2 League sejak musim 2010.
  2. Menduduki tangga ke 11 J2 League 2016 dari 22 pasukan bertanding.
  3. Purata kehadiran penyokong ke stadium adalah berjumlah 10,292 orang setiap perlawanan.
  4. Fukuda Denshi Arena merupakan stadium JEF United Ichihara Chiba dengan kapasiti 18,500 tempat duduk dan 1,281 kawasan bediri.
  5.  Singakatan JEF adalah merupakan gabungan dari JR East dan Furukawa Electric Co. – 2 syarikat utama dibelakang kewujudan JEF United Ichihara Chiba.

Stadium Fukuda Denshi Arena

6805783026_8950fd9050_b

 

Skuad Utama JEF United Ichihara Chiba 2016

14612415_1107744412651823_718376205767869609_o