Santai Berita

Jika watak komik Anime menjadi pemain bola sepak

Sebelum ini kami pernah menyenaraikan dua pasukan yang dipenuhi watak-watak daripada komik dan anime bola sepak. Bermula dari Kapten Tsubasa hingga ke Giant Killing, mereka tentunya akan menampilkan aksi memukau jika beraksi dalam dunia sebenar.

Mengumpulkan pemain-pemain dari komik dan anime bola sepak adalah perkara biasa. Bagaimanapun, apa terjadi sekiranya watak-watak yang bukan dari bola sepak dikumpulkan untuk menyertai sukan itu?

Berikut adalah antara watak-watak yang bukan daripada anime atau komik bola sepak tetapi mampu berjaya:

Monkey D. Luffy

Jelmaan dari laut yang wujud menjadi seorang manusia, kemampuan Luffy sangat berguna jika dia menjadi penjaga gol. Dia mampu mendapatkan bola yang tinggi dan tangannya mampu menahan serta menghalang segala tendangan ke arah gawang dengan jurusnya, Gomu Gomu no Fusen, atau bahasa Inggeris, Rubber Rubber Ballon.

Uzumaki Naruto

Dengan gerakan seribu bayangan. Naruto mampu mewujudkan sebuah pasukan yang hanya terdiri daripada dirinya sendiri. Selain itu, kepantasannya juga perlu dipandang serius. Gareth Bale pasti mudah diatasi oleh Hokage ini. Dia mampu bermain di bahagian sayap.

Conan Edogawa/Shinichi Kudo

Conan atau Shinichi sudah mempunyai skil tersendiri dalam dunia bola sepak. Sayangnya, dia memilih detektif sebagai karier. Kemampuan bermain bola dan kasut buatan Profesor Agasa adalah gabungan yang mampu mematikan gerakan pertahanan lawan. Dia mampu menjadi perancang tengah.

Saitama

Penampilannya seperti seorang yang tidak bijak, tiada siapa yang menyangka Saitama sebenarnya memiliki kebolehan yang luar biasa. Jika dia menjadi pemain bola sepak, Saitama mungkin menjadi penyerang yang tidak menarik perhatian benteng lawan tetapi akhirnya menjadi masalah buat mereka.

Son Goku

Makhluk asing dari Planet Saiya ini mampu berganding bersama Saitama di barisan depan. Jika Goku berubah menjadi Super Saiya, sudah pasti tiada lawan yang mampu mengatasinya.

Sakata Gintoki

Gintoki mampu menjadi lawan yang menyusahkan. Dia boleh diletakkan di mana-mana posisi tetapi tujuan menurunkannya hanya untuk melakukan provokasi terhadap lawan. Sangat mudah untuk membayangkan jumlah pemain yang menerima kad merah akibat provokasi daripada Gintoki.

Armin Arlert

Walaupun sedikit penakut, Armin adalah orang yang pintar dan menyediakan beberapa strategi untuk menyelamatkan dunia. Tentunya langkah-langkah bijak yang digunakan mampu untuknya menjadi jurulatih satu hari nanti buat pasukan-pasukan yang dibarisi watak-watak anime atau komik.