Baru tiga hari meninggalkan Kelantan, pemain Indonesia, Ferdinand Sinaga nampaknya sudah menemui pasukan baru.
Namun, kelab baru itu tidaklah betul-betul baru kerana Ferdinand dikhabarkan bakal tersenarai bersama skuad kelabnya pada musim lalu, PSM Makassar selepas dia dikatakan akan turun berlatih bersama pasukan berkenaan petang ini.
[Terbaru] Sore Ini, Ferdinand Sinaga Mulai Latihan https://t.co/2zS9h0mx6r#PSMmakassar#ewakoPSM
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) March 21, 2018
Ferdinand atau terkenal dengan julukan The Dragon, bakal kembali ke PSM Makassar selepas barisan kejurulatihan bersetuju untuk menyenaraikan pemain yang pernah mendapat anugerah pemain terbaik Liga Super Indonesia pada tahun 2014.
Pemain berasal dari Bengkulu, Indonesia ini tidak menjaringkan sebarang gol dalam lima penampilannya bersama Kelantan. Bersama PSM Makassar musim lalu, Ferdinand berhaya menjaringkan 22 gol.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengumumkan Ferdinand dilepaskan daripada The Red Warriors pada hari Isnin lalu. Bibi turut menyatakan pengunduran Ferdinand itu berjalan tanpa sebarang masalah dan perbincangan telah dilakukan oleh kedua-dua pihak sebelum keputusan dibuat.