Di sebalik kemeriahan Liga Super Malaysia, rupa-rupanya satu jaringan yang cukup cantik telah dijaringkan di Liga Premier Malaysia.
Nur Areff Kamaruddin telah menjaringkan gol yang cukup cantik di penghujung perlawanan untuk membantu pasukannya UiTM FC seri 2-2 dengan Johor Darul Ta’azim II dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam tadi.
🤙🏼🤙🏼 alhamdulillahhh pic.twitter.com/ih9OxMAZJl
— ahmad (@ahmadamar321) February 7, 2018
Nur Areff membuat rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol JDT II, Samuel Somerville.
JDT II yang dibarisi pemain berpengalaman seperti ketua pasukan Shakir Shaari dan pemain pertahanan Aidil Zafuan mendahului 2-0 di separuh masa pertama menerusi Syafiq Ahmad (minit ke-14) dan Darren Lok ( minit ke-30). UiTM berjaya bangkit pada separuh masa kedua menerusi Lucas Ramon Pugh (minit ke-69) sebelum Areff menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan.