JDT kembali merampas takhta pendahulu Liga Super selepas garang menewaskan KL City 5-1 di Stadium Cheras, dengan 3 gol dijaringkan JDT di separuh masa kedua.
Fernando Forestieri menjaringkan gol pendahuluan untuk JDT pada minit ke-43 sebelum Juan Muniz menambah gol kedua.
Namun, KL merapatkan jurang kepada 2-1 menerusi sepakan penalti Paulo Josue sebelum tamat separuh masa pertama.
JDT kembali selesa di depan dengan jaringan Forestieri pada minit ke-61, sebelum Muniz menambah gol ke-4 pada minit ke-71.
Syahmi Safari melengkapkan kemenangan JDT pada minit ke-88.
JDT mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus musim ini dengan 3 kemenangan berturut-turut dalam 3 perlawanan.